Tajuk novel tuh ''Doktor Cinta''...kalu korg bace...
kompem 100% mesti gelak besar...mule2 tgk buku tuh,,,igtkn citer tu jenis jiwang2
or yg siyez2..tpi, cite tu cm nakal laa...p best~ =)
jom tgk beberape part buku tuh...
Sinopsis Doktor Cinta
Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup
dengan 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yang sentiasa diamalkan dalam
hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dalam lakonan sebagai
tunang kepada mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak
menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar tiga
ratus enam puluh darjah. Dari 3S kepada 3P iaitu pening, pelik dan porak
peranda.
Mazliana : Gila ke aku jatuh cinta pada bos
besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?
Tengku Iskandar : Cinta pertama aku hanya
pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam
mana?
Zikri Alif : Kecewa tak sesakit menyintai
seseorang dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.
Julia Hana : Cinta memang pelik tapi cinta juga
kadangkala buat aku terpaksa.
Syamin a.k.a Mimi the over : Eiii... tengok
orang lain putus cinta, sekali dengan aku jangkit takut bercinta.
Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga
membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan
kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti
berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?
Dialog/Sedutan Menarik Doktor Cinta
Mazliana mundar-mandir di dalam biliknya.
Sekejap duduk, sekejap berdiri. Satu per satu langkah diatur seakan dia mengira
silang karpet merah yang dipijak. Hesy... apa aku nak buat ni? Takkan nak
berserah kut? Ke nak berpura-pura ayu? Ke nak buat perkara yang memalukan?
Teringat peristiwa bulan lepas. Menantu pilihan ayahnya anak Imam Mahadi. Si
skema.
"Awak suka makan apa?"
"Nasi," jawab Mazliana sepatah
"Baguslah saya pun sama."
"Emmm... awak pandai baca
Al-Quran?" Mazliana menjeling. Soalan jenis apa tu? Skim akhirat kut.
"Bolehlah setakat untuk diri
sendiri." Hesy... mamat ni tak tahu ke aku ni bekas Qariah sekolah. Lagi
mau tanya!!!
"Awak kerja apa?"
"Tak kerjalah, duduk rumah. Makan
tidur lepas tu makan lagi sekali-sekala pergi tandas."
"Saya suka dengar lagu nasyid, mesti
awak pun suka, kan?" Si skema bertanya lagi membuatkan dia mencebik.
Matanya dapat menangkap aksi mak dan ayahnya yang membisik antara satu sama
lain.
"Emmm... taklah. Saya suka lagu rock
Metalica, Wings, Jinbara. Lepas tu, lagu Mulan. Akulah makhluk tuhan yang
tercipta yang paling seksi... ah ah." Tiba-tiba Mazliana berlagu kuat siap
dengan gaya. Kamal tersedak. Tersembur sedikit air dari mulutnya.
Amacam? best? best kn kn kn kn kn? hehehe

0 comments:
Post a Comment